Sunday, June 1, 2008

Apa Dah Jadi ?

Apakah yang telah terjadi dengan politik di Malaysia hari ini? Kenapa semua politikus2 kita terlalu panik dengan keadaan semasa sekarang? Bukankah segala yang terjadi ini datangnya daripada hasil usaha mereka sendari. Tidak akan terjadi sesuatu perkara itu tanpa usaha sebelumnya bukan? Inilah hasil daripada hasil usaha dan kerja keras mereka selama ini.Mungkinkah mereka telah tersilap percaturan di dalam perjuangan mereka ataupun ada percaturan lain disebalik perancangan mereka. Kalau nak ditakrifkan umur kemerdekaan negara kita yang telah merdeka selama 50 tahun ini, bolehlah dikatakan bahawa negara kita masih muda walaupun bumi ini semakin tua.Persoalanya mengapa kita masih belum matang untuk menjaga keharmonian semua pihak di bumi yang bertuah ini. Sebagai seorang anak Malaysia yang mengharapkan keharmonian dan kesejahteraan di tanah air tercinta ini, saya amat berharap agar pihak2yang panik dan gelabah ini cepat2lah tersedar dari keadaan ini kerana ianya hanya akan membawa lebih banyak keburukan dan penyesalan dimasa hadapan andainya perkara ini terus berlarutan. Belajarlah dari sejarah yang telah terjadi kepada kerajaan2 yang disifatkan sebagai kerajaan agung, tetapi tersungkur akhirnya disebabkan oleh sifat segelintir manusia2 yang diberikan kepercayaan dan amanah tetapi akhirnya gagal dan mengkhianati anak bangsa mereka hanya untuk kemewahan dan keagungan diri mereka sendiri.Harapan saya, semoga segala yang terjadi ini akan dapat kita renungi di masa hadapan sebagai panduan dan sejarah yang berguna untuk diguna pakai oleh anak cucu kita di masa hadapan, dan bukanlah sebagai sejarah pahit yang perlu ditelan dan ditangisi mengenangkan bangsanya yang telah hancur dan musnah untuk di renungi dalam kehidupan di masa akan datang.

Saturday, May 24, 2008

Hell to all

Hi, to all of you. Im a new kid on the blog. Please forgive me if im doing it in a wrong way ok. Still have lot of things to learn from all of you. Please give me advice and comment for me to continue my blog with all of you k. Hope to here from you all soon. May god bless you all always........LOVE YOU ALL.